Blog

Prospek pekerjaan lebih baik buat graduan menjelang 2022- Talentbank

News

Prospek pekerjaan lebih baik buat graduan menjelang 2022- Talentbank

KUALA LUMPUR 28 Dis. – Firma penyelidikan, Talentbank optimistik terhadap prospek pekerjaan yang lebih baik bagi graduan universiti mejelang tahun 2022.

Menerusi kajian Talentbank ke atas 196 syarikat dan organisasi, sebanyak 73.41% daripada responden berhasrat untuk mengambil graduan daripada universiti awam dan swasta di Malaysia pada tahun depan.

Sebanyak 21.97% daripada responden bagaimanapun tidak pasti dengan 4.62% lagi tidak berminat untuk mengambil pekerja.

Ketua Pegawai Eksekutif Talentbank, Ben Ho berkata, dapatan kaji selidik itu merupakan berita baik terutaam ketika waktu-waktu yang tidak menentu akibat pandemik COVID-19.

Ben Ho

“Ini tentunya merupakan berita baik ketika tempoh tidak menentu akibat pandemik COVID-19 yang telah menyebabkan syarikat-syarikat untuk menurunkan kos operasi dengan mengurangkan bilangan pekerja.”

“Ini juga bermaksud universiti swasta dan awam di Malaysia melahirkan graduan dengan kemahiran tepat seperti mana diperlukan industri.”

“Reponden kebanyakannya dalan kedudukan tinggi di organisasi bersaiz sederhana dan besar. Mereka merangkumi sehingga 80.35% daripada keseluruhan responden. Syarikat-syarikat tersenarai awam di Malaysia merangkumi 33.53% dalam segmen berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kaji selidik itu mendapati prospek pekerjaan yang lebih baik buat graduan dengan latar belakang dalam bidang perakaunan, pengurusan perniagaan, pemasaran, pengkomputeran dan teknologi maklumat, pengurusan sumber manusia, kejuruteraan mekanikal, elektronik dan kejuruteraan elektrik, komunikasi massa, perbankan dan ekonomi.

Jelas Talentbank, gaji yang ditawarkan kepada graduan daripada kesemua bidang itu antara RM2,501 hingga RM3,000, manakala purata elaun latihan amali bernilai RM1,000 setiap bulan.

Ujar Ho, majoriti responden sehingga 91.91% memilih sikap baik berbanding keputusan akademik, manakala 8.09% sebaliknya menekankan keputusan akademik berbanding sikap pekerja.

“Hasil dapatan ini menunjukkan permintaan yang kian meningkat terhadap bakat yang lebih berpelbagai selain mampu untuk mewujudkan kemahiran dan tanggungjawab baharu yang diberikan,” tambah Ho.

Dalam pada itu, sebanyak 10 metrik merekrut tertinggi yang digunakan majikan untuk mengambil graduan universiti termasuk kesediaan kerjaya, aktiviti luar kurikular, reputasi universiti, proses pengambilan pekerja, Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK), julat gaji, masa pengambilan, kos untuk kursus, pengekalan pekerja dan pendedahan antarabangsa pelajar.

Kaji selidik itu juga menunjukkan lima sumber pengambilan majikan untuk lulusan baharu adalah dari pelbagai laman web pekerjaan, halaman kerjaya syarikat, pameran kerjaya yang diadakan di unversiti, saluran media sosial dan pameran kerjaya di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid.

Sumber : DagangNews.com

Leave your thought here

School of Careers by Talentbank