Blog

Tinjauan Dapati Peluang Pekerjaan Untuk Graduan Baharu Akan Meningkat Pada Tahun 2021, 2022

News

Tinjauan Dapati Peluang Pekerjaan Untuk Graduan Baharu Akan Meningkat Pada Tahun 2021, 2022

Tahun 2021 dan 2022 dijangka tahun peluang yang baik untuk para graduan negara. Ini kerana, para majikan cenderung akan meningkatkan pengambilan pekerja baharu dalam kalangan graduan.

Tinjauan Talentbank ini melibatkan 196 organisasi syarikat di Malaysia, rata-rata menunjukkan majikan bakal meningkatkan kapasiti peluang pekerjaan kepada graduan baharu.

Kenyataan itu telah dipersetujui 76.3% responden bahawa tindakan pengambilan graduan itu akan dilakukan menjelang 2022.

Usaha ini adalah sesuatu baik untuk graduan negara, khususnya ketika penularan pandemik COVID-19 telah mempengaruhi peningkatan kadar pengangguran negara kepada 4.6%.

Untuk pengetahuan pembaca, berdasarkan data KPT – anggaran seramai 41,161 graduan 2019 yang masih belum bekerja telah dicatatkan. Ini bermakna, tambahan anggaran bagi graduan tahun ini menjadikan angka anggaran keseluruhan graduan negara yang terkesan adalah sebanyak 116,161 individu.

Oleh itu, jangkaan pengambilan pekerja dalam kalangan graduan ini adalah sesuatu petanda yang baik buat pertumbuhan negara.

Hasil tinjauan memaparkan antara bidang pekerjaan yang bakal menjanjikan tawaran pekerjaan kepada para graduan adalah Perakauanan, Pengurusan Perniagaan, Pemasaran, Teknologi Maklumat, Sumber Manusia, Kejuruteraan, Komunikasi Massa dan Perbankan.

Bagaimanapun, sekitar 21.97% responden masih tidak pasti akan pengambilan tersebut, manakala 4.62% responden pula mengatakan mereka tidak berminat untuk mengambil graduan selaku pekerja.

Sumber : Rnggt

Leave your thought here

School of Careers by Talentbank